Perkembangan Pertuturan Anak

Pertuturan merupakan proses perkembangan yang melibatkan ransangan daripada pelbagai sensori dalam badan. Antara sensori penting yang terlibat dalam proses pertuturan ialah kemahiran mendengar kerana anak dapat menerima bunyi perkataan dan seterusnya belajar untuk menyebut semula perkataan yang didengari.

S

enarai dibawah adalah perkembangan pertuturan anak mengikut umur semasa.
Ibubapa boleh semak perkembangan anak mengikut checklist dibawah mengikut umur anak.
1. 3 Bulan – anak boleh menghasilkan bunyi “cooing” dan “gurgling”
2. 6 Bulan – anak mula “babbling” dan membuat bunyi nyanyian
3. 12 Bulan – anak mula “babbles dengan daya tarikan, buat suara seperti bercakap dan mengeluarkan perkataan pertama seperti “mama” “papa”
4. 18 Bulan – anak boleh menghasilkan 8-10 perkataan yang dapat difahami oleh orang lain, anak boleh ulang perkataan yang didengar dalam perbualan, anak boleh menggunakan ‘’hi’’,’’bye’’ dan’’please’’ ketika diingatkan
5. 2 tahun – anak boleh menggunakan 2-3 perkataan dalam ayat dan rujuk diri dengan nama dan gunakan “saya”
6. 3 tahun – anak boleh keluarkan 900-1000 perkataan, bertanya soalan pendek dan gunakan 3-5 perkataan dalam ayat
7. 4 tahun – anak boleh gunakan ayat yang mengandungi 5 perkataan atau lebih
8. 5 tahun – anak boleh kenal huruf, gunakan 6 perkataan dalam ayat dan buat ayat yang lebih panjang dan penggunaan ‘’dan’’ ‘’tetapi’’ ‘’atau’’  

Terdapat 7 ciri – ciri anak lambat bercakap:

1. Tak capai perkembangan normal seperti dalam senarai semak perkembangan anak
2. Tak berminat untuk berinteraksi dengan orang lain
3. Takde “eye-contact” dengan orang lain
4. Kurang berat badan kerana memilih dari segi pemakanan
5. Berumur 2 tahun tetapi air liur masih tidak dapat dikawal (drooling)
6. Sukar menghisap botol, mengunyah dan menelan makanan atau minuman
7. Tak memberi reaksi terhadap suasana yang bising atau bunyi disekelilingnya

Terdapat 5 kesan yang paling utama jika anak tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

1. Tak dapat menyampaikan mesej kepada orang lain dan sukar untuk dapat maklumat daripada orang disekelilingnya
2. Kurang keberanian dan keyakinan diri untuk bergaul dengan rakan sebaya dan orang sekeliling
3. Menghadapi tekanan dan kegelisahan untuk bergaul dengan orang lain
4. Berpotensi tinggi untuk dibuli oleh kanak-kanak lain semasa di sekolah
5. Berpotensi dalam masalah pembelajaran pada masa akan datang

Terdapat 5 faktor utama yang menyebabkan kepada kelewatan pertuturan kanak-kanak.

1. Berkaitan dengan masalah pendengaran sama ada struktur atau fungsi fisiologi yang menghalang anak belajar perkataan baru daripada orang lain
2. Berkaitan dengan fungsi kognitif untuk bahasa reseptif (kemampuan untuk menerima dan memahami kata-kata dari orang lain) dan juga Bahasa ekspresif (kemampuan untuk menyatakan secara lisan)
3. Terdapat pengesahan diagnosis seperti Autism Spectrum Disorder (ASD), Cerebral Palsy (CP), Down Syndrome (DS) dan lain-lain
4. Faktor psikososial
Interaksi atau komunikasi yang kurang di kalangan ahli keluarga menyebabkan kurang rangsangan bagi anak untuk belajar berinteraksi secara lisan atau menggunaan Bahasa badan
Terlalu banyak screen time secara individu
5. Pengambilan nutrient yang tidak seimbang atau tidak sihat

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), ASD adalah kecacatan perkembangan yang menyebabkan berlakunya cabaran terhadap sosial, komunikasi dan tingkah laku. Doktor akan melihat tingkah laku dan perkembangan anak untuk melakukan diagnosis.

Intervensi awal akan membantu anak untuk belajar kemahiran penting seperti bercakap, berjalan dan berinteraksi dengan orang lain sehingga anak mencapai tahap kemahiran seiring dengan usia semasa anak.

Jika ibubapa prihatin terhadap perkembangan anak, bertindak sekarang dan hubungi IDZMIR KIDS HUB dengan segera.

Risau Perkembangan Anak?

Hubungi Kami SEKARANG!

Screenasdshot_2

© Copyright 2022 Idzmirkidshub - All Rights Reserved